Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan penemuan jenazah seorang anggotanya yang hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang, di Bera, Pahang, Ahad lepas.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa oleh penduduk kampung di kawasan Kampung Serengkam, Maran, pada 8.15 pagi tadi. TDM menzahirkan ucapan takziah buat isteri mangsa, Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya dari segala aspek dalam memastikan kebajikan keluarga itu.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan bomba dan Penyelamat, Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam yang terlibat dalam operasi dan mencari mangsa yang masuk hari keempat hari ini. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.                  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini