Kira-kira 500 keluarga terjejas banjir di Bentong dan Temerloh, Pahang menerima bantuan daripada Team Ikan Utara Kedah.

Menurut Penyelarasnya, Abu Hassan Abdullah, sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti telekung, sejadah, pakaian dewasa dan kanak-kanak, makanan asas dan selimut.

Selain itu pihaknya turut membersihkan beberapa rumah.
 
Jelasnya usaha itu sebagai tanda prihatin kepada penduduk terjejas selepas harta benda rosak akibat banjir. 

Sementara wakil Team Ikan Utara Kedah, Norhamidah Mansor berkata, sebelum ini mereka turut membantu penduduk terjejas di Selangor sebelum ke Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini