Selepas 10 tahun dipentaskan di Istana Budaya, Teater Muzikal Ali Baba arahan Pengarah, Lokman Ghani kembali dengan nafas baharu khusus buat masyarakat di Melaka.

Menariknya, pementasan kali ini dipersembahkan sepenuhnya pelakon-pelakon baharu yang dipilih melalui sesi uji bakat, tahun lepas.

Menurut Lokman yang juga Presiden Pertubuhan Teater Negeri Melaka, ia cabaran besar buatnya, namun percaya dengan kebolehan pelakon yang dipilih.

Secara tidak langsung mereka dapat menimba ilmu dan mengasah bakat lakonan bersama pelakon-pelakon lama yang turut terlibat dalam pementasan berkenaan.

Teater Muzikal Ali Baba bakal dipentaskan di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Melaka pada 18 hingga dan 20 Mac.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini