Teater Muzikal Ali Baba, mendapat sambutan menggalakan sepanjang tiga sesi pementasan di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, JKKN Melaka.

Menurut Pengarahnya,  Lokman Ghani,Sambutan yang diterima, membuktikan pementasan teater masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Teater ini, sepatutnya dipentaskan pada Mac lepas, namun terpaksa ditunda susulan Covid 19.

Teater yang memartabat karya agung Seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu, menggunakan sepenuhnya bakat baru selain artis cilik daripada Pertubuhan Teater Negeri Melaka (PERTEM) dan juga artis tempatan.
 
Sementara itu , rata-rata ibu bapa gembira dan terhibur membawa anak-anak melihat persembahan teater sebelum cuti sekolah berakhir.


MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini