Ahli kumpulan Big Bang, Teayang dan isteri Min Hyo Rin kini bergelar ibu bapa selepas menimang cahaya mata pertama, baru-baru ini.

Pasangan yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga itu dilaporkan mendapat cahaya mata lelaki.

Menurut agensi YG Entertainment, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.

Berita kehamilan Min Hyo Rin yang juga seorang pelakon dilaporkan pada September 2021.

Pasangan itu mendedahkan hubungan cinta mereka pada tahun 2015 dan berkahwin pada Februari 2018.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini