Tindakan penebukan benteng serta pengepaman air banjir dilaksana segera bagi mengatasi masalah ‘air termenung’ di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Fungsi Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, perkara itu dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

24 pam air digunakan di lima lokasi berbeza sekitar kawasan banjir.

16 daripadanya telah siap dipasang.


Kerjasama turut dijalin dengan kerajaan negeri bagi membolehkan kerja pembersihan dilaksana bersama pihak berkuasa tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini