Pembangunan sektor agro-makanan berasaskan teknologi pertanian pintar, berpotensi menjadi pemangkin kepada industri pertanian negara.

Dalam menuju ke arah arah itu, lebih ramai penggiat industri pertanian digalak menjalin kerjasama strategik bagi mewujudkan ekosistem pertanian yang menggalakkan pembinaan kapasiti, penyelidikan dan pembangunan (RnD) serta penggunaan Internet of Thing (IOT).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, langkah itu juga mampu mempercepatkan penggunaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), selain memacu pemodenan industri yang lebih pesat serta menggalakkan penggunaan teknologi dalam kalangan masyarakat petani di negara ini.

Datuk Seri Dr Ronald berucap dalam majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara pemilik inovatif sistem automasi proses dalam hortikultur rumah hijau,Hoogendoorn Growth Management dan sebuah syarikat tempatan Malaysia, Idea Company Sdn Bhd. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini