Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang menggunakan teknologi satelit sebagai penambahbaikan sistem komunikasi terutama ketika berdepan situasi bencana.

Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan, ia bagi mengelak gangguan rangkaian telekomunikasi seperti yang dialami ketika banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

Tambahnya, penggunaan teknologi satelit rangkaian 5G dapat membantu dalam mengurus situasi bencana alam seperti menghantar amaran awal bencana kepada orang awam.

Menurut beliau lagi, kos penggunaan teknologi satelit lebih rendah selain tempoh untuk melaksanakannya singkat iaitu selama lapan bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini