Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) tetap dengan pendirian untuk tidak menggunakan video bantuan pengadil (VAR) pada edisi Piala AFF Suzuki akan datang.

Isu penggunaan VAR itu timbul selepas wujud pertikaian terhadap keputusan pengadil dalam beberapa perlawanan kejohanan di Singapura baru-baru ini.

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang sedang berlangsung di Singapura ketika ini berlangsung tanpa penggunaan VAR.

Menurut Pengerusi Pertandingan AFF, Datuk Seri Francisco Kalbuadi Lay, pihaknya telah cuba untuk memberikan yang terbaik dan setiap keputusan pengadil harus dihormati.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini