Sebuah bot nelayan yang menangkap ikan berdekatan darat dan menggaji warga asing tanpa kebenaran ditahan APMM Zon MARITIM Mersing. Bot itu dikesan pada kedudukan sembilan batu nautika dari Tanjung Resang, Mersing, Johor, pada pukul 2 petang, semalam.

Seorang tekong lelaki tempatan bersama empat kru lelaki warga Indonesia berumur 34 hingga 68 tahun, turut ditahan. Pengarah Zon MARITIM, Komander MARITIM Khairul Nizam Misran memaklumkan, mereka didapati melakukan kesalahan menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika dari daratan terdekat.
 
Pemeriksaan mendapati empat warga Indonesia terbabit tidak mempunyai dokumen kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Malaysia. Dua daripada mereka pula tidak mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara.
 
Kesemua kru berserta bot dibawa ke Pejabat Zon Maritim Mersing untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985, serta Akta Imigresen 1959/63.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini