RM200 juta diperuntuk menerusi Skim Pembiayaan Informal (SPIN) bagi membantu kelangsungan perniagaan usahawan kecil. Ia merupakan inisiatif di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Bantuan tertumpu kepada peniaga yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tidak memiliki lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan dan mereka yang berniaga dari rumah.

Selain itu, pembiayaan SPIN turut menawarkan pembiayaan tanpa caj pada Mei lepas, untuk membantu memulih serta memulakan semula perniagaan usahawan terkesan akibat pandemik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini