Tindakan menembak dron milik Amerika Syarikat adalah satu mesej jelas Iran terhadap sebarang pencerobohan asing ke atas wilayah berdaulat republik Islam itu.Komander Kor Pengawal Revolusi Iran, Mejar Jeneral Hossein Salami berkata, Iran akan bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan dan sedia berdepan apa jua konfrontasi.Dron perisikan Amerika Syarikat ditembak jatuh itu, dikenal pasti sebagai U-S Navy MQ-4C Trition yang dibina berasaskan model RQ-4 Global Hawk yang digunakan untuk pemantauan.Dalam satu kenyataan rasmi, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran berkata, dron berlepas dari salah satu pangkalan milik Amerika Syarikat di selatan Teluk Parsi sekitar pukul 12:14 tengah malam waktu Iran.Sebelum ditembak jatuh, dron berkenaan melalui Selat Hormuz menuju bandar pelabuhan, Chabahar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini