Lagi tembakan rambang di Amerika Syarikat

Dua terbunuh manakala lima lagi cedera, termasuk seorang pegawai polis, selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Boise, Idaho, pada Isnin.

Ketua Polis Boise, Ryan Lee memberitahu, mereka berbalas tembak dengan seorang suspek. Suspek berjaya ditahan dan turut cedera.

Tragedi juga menyebabkan seorang anggota polis cedera terkena tembakan.

Motif kejadian masih dalam siasatan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini