Lima maut, termasuk seorang individu bersenjata, manakala ramai yang cedera dalam insiden tembakan di kampus sebuah hospital di Tulsa, Oklahoma.

Catatan laman Twitter rasmi Jabatan Polis Tulsa memuat naik kawalan sekitar kawasan kampus masih dilakukan anggota polis.

Kapten Richard Meulenberg memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai seorang lelaki dengan senapang di tingkat dua sebuah bangunan di kampus perubatan.

Situasi bertukar tegang apabila individu berkenaan, bertindak agresif, dengan melakukan tembakan rambang.

Anggota polis tiba di lokasi insiden mendapati beberapa individu terkena tembakan termasuk pasangan suami isteri yang maut.

Suspek juga ditemukan mati dan senjata berupa senapang dan pistol turut dijumpai.

Setakat ini, pihak berkuasa masih melakukan siasatan berhubung kematian suspek.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini