Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera setelah sebuah rumah ibadat Sikh di Kabul menjadi sasaran bom dan tembakan pada Sabtu.

Lapor Agensi Anadolu, serangan itu menyasarkan kuil di wilayah Karte Parwan pada awal pagi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri bagi kerajaan sementara Taliban,  Abdul Nafi Takor berkata, penyerang berjaya ditahan, bagaimanapun seorang penganut Sikh dan seorang anggota Taliban terkorban.

Sebahagian daripada rumah ibadat turut terbakar dan beberapa kediaman turut rosak.

Menurut saksi, serangan berlaku ketika upacara sedang dijalankan di rumah ibadat berkenaan. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini