Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan tempoh selang masa selama 10 hari untuk pengeluaran permit antara dua umrah melibatkan kesemua kumpulan umur jemaah.

Menerusi satu kenyataan di Twitter, kementerian itu menyatakan, keputusan dibuat selepas ia kembali melaksanakan langkah berjaga-jaga dan protokol kesihatan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di Masjidil Haram, Mekah serta Masjid Nabawi, Madinah.

Menurutnya, ini susulan lonjakan kes jangkitan dengan Arab Saudi merekodkan jumlah kes harian melepasi angka 3,000  buat hari kedua berturut-turut semalam.

Sehubungan itu jemaah boleh membuat tempahan untuk umrah kedua melalui aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna selepas tempoh 10 hari umrah pertama berakhir.

Sebelum ini, selang masa 15 hari ditetapkan antara dua umrah, namun ia dibatalkan pada Oktober lalu selepas pelonggaran sekatan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini