Tempoh penukaran status akaun kanak-kanak Tabung Haji, TH kepada akaun dewasa yang sepatutnya berakhir 1 Disember ini, dilanjutkan hingga 1 Mei depan. 

Kenyataan Pengurus Besar Digitalisasi Perniagaan yang menanggung tugas Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abd Wahab menyebut pelanjutan tempoh itu bagi memberi peluang kepada pendeposit yang berusia 18 tahun ke atas dan penjaga melakukan proses penukaran di cawangan-cawangan TH berdekatan.

TH akan melaksanakan proses pembekuan transaksi pengeluaran sekiranya pendeposit, gagal menukar status akaun pada 1 Mei depan.

Pertukaran akaun kanak-kanak ke akaun dewasa perlu dilaksanakan seperti yang termaktub dalam terma dan syarat pembukaan akaun TH iaitu penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun sahaja.

Pendeposit perlu memastikan akaun TH kekal berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat menyimpan di institusi itu termasuk simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, pengecualian cukai pendapatan selain boleh menyertai pelbagai kempen anjuran TH.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini