Kawasan pelancongan di Janda Baik ditutup sepenuhnya buat sementara waktu bagi sebarang aktiviti pelancongan.
 
Penutupan susulan kemusnahan banyak fasiliti pelancongan akibat kejadian banjir kepala air, bulan lalu.

Exco Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, 33 pengusaha chalet dan hampir 300 pekerja mereka hilang pekerjaan serta merta.

Kerugian pendapatan sebulan dianggar hampir RM3 juta.

Permohonan rasmi kepada Kerajaan Pusat akan dilakukan bagi membaikpulih kemudahan asas  dan mempertimbang peruntukan khas  kepada pengusaha chalet dan resort yang terjejas teruk dalam kejadian banjir lumpur itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini