Sekumpulan pekerja pembinaan gempar dengan penemuan tengkorak dan tulang manusia di sebuah tapak pembinaan di bahagian belakang KK Sentral. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, tengkorak dan tulang berkenaan ditemui pekerja terbabit ketika sedang melakukan kerja-kerja pengorekan tanah. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tengkorak dan tulang itu ditemui pada kedalaman 4.5 meter. Spesimen itu sudah dihantar untuk ujian makmal bagi mengenalpasti identitinya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini