Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ke-69 dan ke-70

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai Presiden FAS selepas pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif persatuan itu bagi penggal 2022 hingga 2026 hari ini.

Pengumuman keputusan pemilihan yang dilaksanakan dalam Kongres Tahunan FAS ke-69 dan ke-70 itu menyaksikan Tengku Amir Shah sekali lagi dipilih memimpin persatuan itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden FAS pula disandang oleh Datuk Seri Shahril Mokhtar manakala Naib Presiden dimenangi oleh Datuk Abdul Rauf Ahmad, Datuk P. Sugumaran, Mohd Yunus @ Iskandar Md Noor dan R. Sekar Chandaran.

Wakil badan berkecuali Majlis Pemilihan FAS Anas Shafiee memaklumkan persatuan telah menerima sebanyak 47 borang pencalonan dengan satu daripadanya ditolak susulan lewat diserahkan.

Sementara itu, Tengku Amir Shah bertitah FAS akan memberi penekanan kepada beberapa aspek utama antaranya menaik taraf liga-liga Selangor melibatkan aspek pembangunan dan komersial, pembangunan pemain muda dan junior selain pembangunan jurulatih serta pengadil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini