Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan merasmikan
pusat perkhidmatan penjagaan buah pinggang hospital pakar swasta yang beroperasi di Seksyen 14 Shah Alam.

Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyampaikan tajaan berjumlah RM20,000 daripada Pusat perubatan berkenaan kepada dua pesakit buah pinggang tahap akhir berumur 17 dan 70 tahun yang baru didiagnosis.

Perkhidmatan penjagaan buah pinggang itu adalah pusat dialisis pertama yang diluluskan sebagai penyedia perkhidmatan oleh Cawangan Kawalan Akta Perubatan Swasta Putrajaya.

Pusat dialisis itu turut mensasarkan untuk berkembang kepada 10 pusatĀ  menjelang akhir 2026 dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 170 kerusi dialisis yang mampu merawat sehingga 1000 pesakit.

Untuk rekod, pada tahun 2010, terdapat lebih 20,000 pesakit buah pinggang tahap lima yang memerlukan rawatan dialisis di Malaysia.

Angka itu melonjak kepada hampir 50 ribu pesakit pada tahun 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini