Novak Djokovic mara ke saingan separuh akhir Final ATP buat kali ke-10 selepas menewaskan pemain Rusia, Andrey Rublev.

Pemain nombor satu dunia itu yang berusaha menyamai rekod enam gelaran milik Roger Federer di kejohanan penamat musim, tiada masalah mengatasi pilihan kelima Rublev 6-3, 6-2 untuk kemenangan ke-50 tahun ini.

Djokovic kini muncul pendahulu Kumpulan Hijau.

Dalam satu lagi perlawanan, pemain Norway, Casper Ruud menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Britain, Cameron Norrie 1-6, 6-3, 6-4.

Djokovic kini dalam misi melengkapkan tahun gemilang selepas terlepas melengkapkan kalendar Grand Slam apabila tewas kepada Daniil Medvedev di final Terbuka Amerika Syarikat.

Dia akan menentang Norrie dalam aksi terakhir peringkat kumpulan esok.

Pemain 34 tahun dari Serbia itu gagal menjuarai Final ATP sejak 2015 apabila tewas pada edisi 2016 dan di tangan Andy Murray dan Alexander Zverev.

Tahun lalu, dia tersingkir pada separuh akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini