Aksi Tenis Terbuka Perancis. Juara 13 kali, Rafael Nadal memulakan kempen kejohanan tersebut dengan langkah kanan apabila mudah melepasi aksi pusingan pertama.

Jaguh tenis Sepanyol itu menang dengan keputusan 6-2, 6-2, 6-2 menentang lawannya dari Australia, Jordan Thompson. Dalam saingan tersebut, Nadal dilihat tenang memulakan aksi menentang Thompson malah tidak berdepan masalah untuk mendominasi perlawanan.

Nadal yang ketika ini dalam misi memburu gelaran ke-14 kejohanan tersebut hanya memerlukan dua jam untuk mengesahkan kemenangan dalam aksi pusingan pertama. Pada aksi pusingan kedua nanti, Nadal dijadual menentang wakil tuan rumah, Corentin Moutet yang berjaya menewaskan Stan Wawrinka dari Switzerland pada aksi pusingan pertama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini