Askar Israel memusnahkan khemah yang dibina untuk menempatkan orang ramai yang menunjuk perasaan menentang tindakan regim Yanudi memusnahkan rumah milik warga Palestin. Kejadian berlaku diperkampungan Beit Shur, Tebing Barat. Askar Israel membaling tin gas pemedih mata dan bom bunyi ke dalam khemah dimana aktivis sedang duduk berlindung dari panas matahari. Aktivis yang menghidu gas tersebut mengalami sesak nafas dan terpaksa keluar dari khemah. Askar Israel kemudian segera bertindak membuka khemah tanpa menghiraukan bantahan kumpulan penunjuk perasaan yang cuba mempertahankannya.Seorang aktivis, Hassan Breijeh berkata, mereka datang ke situ untuk membina khemah sebagai menunjukan perpaduan dengan saudara Palestin mereka di Wadi Al-Homs.Tambah Breijeh, mereka semua sedar yang kawasan berkenaan dikategorikan sebagai “A” dan ia dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin dan untuk keselamatan, dibawah penyelesaian Oslo, Israel perlu menghormati kedaulatan Palestin berhubung tanah ini.Menurut aktivis itu lagi, tidak kurang 16 buah bangunan akan dimusnahkan, selepas keputusan Mahkamah Agong Israel.Ini bermakna 100 buah apartmen yang didiami 600 rakyat Palestin akan terlibat.Beit Shur, diduduki 6000 orang, dan sekiranya tindakan memusnahkan bangunan milik Palestin diteruskan maka ia adalah malapetaka besar yang menjejaskan warga Palestin selepas diusir tanpa tempat tinggal pada 1967.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini