Presiden Brazil Jair Bolsonaro membenarkan tentera digunakan untuk memadam kebakaran hutan Amazon selepas kritikan dunia serta ancaman pemimpin Eropah untuk memutuskan hubungan dagang dengan Amerika Selatan.Dalam ucapan ke seluruh negara, Bolsonaro memberi kebenaran tentera digerakkan bagi memadam kebakaran hutan hujan tropika terbesar dunia yang mengancam cuaca bumi itu.Rekod terbaru menunjukkan 76,720 kebakaran hutan berlaku di Brazil tahun ini, jumlah tertinggi sejak 2013.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini