Rusia memaklumkan Lyman, bandar strategik di Donetsk, kini berada di bawah kawalan mereka sepenuhnya.

Bagaimanapun, ia belum disahkan pihak Ukraine.

Tentera Rusia dan Ukraine sebelum ini telah bermati-matian berjuang untuk menguasai Lyman.

Kementerian Pertahanan Rusia menerusi laporan hariannya mendakwa telah mendapat kawalan penuh ke atas bandar terbabit, termasuk hab kereta api, dengan usaha bersama tentera mereka dan pasukan pro-Rusia di Donetsk.

Dua pos kawalan tentera di Bakhmut dan Soledar turut dimusnahkan dengan peluru berpandu.

Pihaknya juga mengakui menembak jatuh sebuah helikopter Mi-8 dan dua pesawat Su-25 milik Ukraine.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine Hanna Maliar berkata, pertempuran di Lyman masih berterusan.