Demi kedaulatan negara, tentera Emiriyah Islam Afghanistan (IEA) atau lebih dikenali sebagai tentera Taliban masih setia berbakti mempertahankan keselamatan negara mereka biarpun dibelenggu isu pembayaran gaji.

Bagi mereka, masalah tiada gaji bukan halangan untuk menunaikan tanggungjawab, sebaliknya berbangga dengan perjuangan demi agama dan keselamatan rakyat.

Ahmadiah Khuber Ahmad Yar Khobab, 32 tahun  berkata, beliau menyertai IEA tanpa memikirkan perihal gaji yang tidak diterimanya buat masa ini. 

Beliau yang berasal dari Kabul memberitahu, dia menyertai pasukan itu sejak 2005 dan pernah dipenjarakan dua kali ketika pendudukan tentera Amerika Syarikat di Afghanistan.

Katanya, isu gaji bukan mendesak sebaliknya berjuang mempertahankan keselamatan negara adalah keutamaanya.

Ketika ditanya mengenai pemerintahan IEA yang didakwa tidak adil dan mengamalkan kekerasan, Ahmadiah Khuber menyifatkannya satu propaganda jahat.

Tohmahan kononnya Taliban tidak peduli hak pendidikan terhadap wanita adalah tidak benar.

Sementara itu, Hajimullah Mukmin, 40 tahun pula berkata, beliau juga tidak memikirkan tentang hal gaji.

Menurutnya, dia telah menyertai tentera sejak 16 tahun lalu dan bangga dengan pengalamannya menembak tentera Amerika serta sekutunya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini