Tentera Udara Taiwan mengadakan simulasi senario peperangan sebagai persediaan dalam pertempuran.

Latihan selama tiga hari itu bagi memaparkan kesediaan Taiwan dalam sebarang peperangan menjelang Sambutan Tahun Baharu Cina pada hujung bulan ini.

Beberapa jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat dirakam terbang di ruang udara Taiwan, sekali gus menunjukkan persediaannya jika terbabit dalam sebarang senario.

Ketegangan di Selat Taiwan semakin memuncak sejak beberapa tahun lalu dengan Taiwan sering mengadu mengenai misi ketenteraan China berhampiran pulau berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini