Tentera Ukraine melaporkan kematian pertama seorang askar mereka selepas beberapa minggu menuduh pemberontak disokong Moscow meningkatkan serangan secara mendadak.

Perkembangan terbaru itu menggandakan kebimbangan Ukraine mengenai kemungkinan pencerobohan Rusia akan berlaku pada bila-bila masa.

Pemerintah tentera bersama bagi timur Ukraine berkata, seorang askar menerima luka serpihan di zon konflik merentasi dua wilayah pemisah berhampiran sempadan Russia.

Perkhidmatan kecemasan Ukraine pula berkata dua kakitangannya turut cedera semasa gelombang serangan semalam. Pejuang pemisah dikatakan telah membedil tembakan artileri ke pusat penduduk dan meletakkan sistem artileri berhampiran kediaman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini