Teras utama dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri, KDN dalam Aspirasi Keluarga Malaysia berjaya dilaksana.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, teras terbabit yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi-agensi lain di bawahnya.

Antaranya ia dicapai dengan kawalan sempadan negara diperkasa apabila Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia secara rasmi mengambil alih sepenuhnya fungsi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia di persempadanan negara pada 1 Oktober lepas.

Sementara itu, pada 11 Nov lepas kerajaan bersetuju melantik bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah sebagai Ketua Pasukan Nukleus Single Border Agency yang akan memperincikan penubuhan satu agensi tunggal bagi menjaga pintu-pintu masuk negara dengan lebih efisien dan cekap.

Pada  Isnin lepas, pihaknya turut melancarkan inisiatif meluaskan fungsi 11 pos kawalan PGA PDRM di Sabah dan Sarawak sebagai balai polis bagi membantu keluarga yang tinggal jauh di pedalaman bagi mendapatkan khidmat kepolisian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini