Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikalnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum digilis sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 60.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

Pemandu kereta tersebut bagaimanapun terus memecut melarikan diri.

Mangsa, Muhamad Danial Hakim Azmi, 14 tahun, maut akibat  parah di bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Mayat mangsa di hantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini