“Saingan Terbuka Australia lebih penting berbanding mana-mana pemain.”

Itu diluahkan Bintang Sepanyol, Rafael Nadal terhadap Novak Djokovic yang enggan diusir dari Australia.

Tegasnya, kejohanan tersebut tetap hebat, tidak kira Djokovic bersaing atau tidak.
Djokovic mahu mempertahankan gelaran edisi kali ini namun berdepan pengusiran dari Australia.

Lebih memalukan, kerajaan dipimpin Scott Morrison itu turut membatalkan visanya untuk kali kedua dan menggelar Djokovic sebagai ancaman terhadap perintah negara terbabit.

‘Krisis’ dicipta pemain Serbia yang tidak divaksin itu telah mengganggu Grand Slam pertama untuk tahun ini, dimana Djokovic dan Nadal merebut gelaran sama untuk memenangi 21 kejuaraan utama.

Nadal berkata dia menghormati Djokovic sebagai seorang atlet, namun tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pemain nombor 1 dunia itu sepanjang beberapa minggu ini.

Dia menyifatkan kontroversi berkenaan berlarutan terlalu lama dan seharusnya dihentikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini