Seorang lelaki maut digilis sebuah bas dalam satu kemalangan di jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.44 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tercampak di tengah jalan selepas motosikal yang ditunggang terlanggar seekor anjing yang melintasi jalan. 

Bas berkenaan yang menghala ke arah sama dikatakan cuba mengelak, namun gagal sebelum terlanggar mangsa di lokasi kejadian. 

Bedah siasat dijalankan selepas keputusan ujian Covid-19 dikeluarkan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini