Demi meneruskan kecemerlangan dalam arena sukan tanah air, Terengganu bakal membina asrama sukan negeri yang akan menempatkan atlet-atletnya secara berpusat.
 
Pembinaan asrama tersebut dilihat dapat meningkatkan lagi prestasi sukan negeri berkenaan selain menjadi kilang melahirkan generasi atlet yang berpotensi pada masa depan.

Asrama yang bakal dibina di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak itu mampu menempatkan seramai 600 atlet dalam satu masa. Ia akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini dan moden sekali gus menjadi antara fasiliti sukan terbaik di negeri ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, asrama sukan yang bernilai RM90 juta itu bakal siap pada April 2022. Dengan kewujudan asrama ini, ia dapat menjimatkan kos tanggungan sewaan oleh kerajaan negeri bagi penginapan atlet.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini