Terengganu bakal menjadi negeri keempat membangunkan sistem pentadbiran tanah secara elektronik (e-Tanah) selepas memeterai perjanjian konsesi sistem itu dengan kerajaan Persekutuan.

Pembangunan sistem berkenaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dijangka selesai dalam tempoh dua tahun dan mula diguna pakai menjelang 2024 dengan tempoh pengoperasian selama 12 tahun.

Beliau memaklumkan perkara ini pada Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Sistem e-Tanah antara kerajaan Persekutuan, kerajaan Terengganu dan syarikat Puncak Tegap Sdn Bhd di ibu negara.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Rosli Isa.

Tahun ini juga, kementerian menyasarkan untuk menyempurnakan pemeteraian perjanjian konsesi dengan negeri lain termasuk Terengganu supaya pembangunan sistem di negeri-negeri itu dapat dimulakan dengan segera.