Terengganu membenarkan ibadah korban dan akikah dijalankan seperti biasa tanpa had bilangan haiwan pada Aidiladha tahun ini di perkarangan masjid atau surau, perkarangan rumah serta di kawasan lapang yang lain.

Ibadah itu juga boleh dilakukan sama ada di rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau rumah sembelihan swasta yang berlesen.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail  memberitahu, jumlah haiwan korban atau akikah dan jumlah petugas juga tidak dihadkan.

Bagaimanapun, bagi masjid, surau atau premis yang ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, aktiviti ini tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan itu.

Kebenaran itu diberi dengan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Datuk Shaikh Harun berkata solat sunat Aidiladha juga boleh dilaksanakan di masjid atau surau mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan MAIDAM pada 20 Mac lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini