Terengganu mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2021 dengan nilai Gred Purata negeri 4.72. Pengarah Pendidikan Terengganu, abdul Muie Ngah memberitahu, 321 calon memperoleh semua A bagi peperiksaan kali ini.
Calon lulus semua mata pelajaran pula 58.18 peratus. Manakala lapan sekolah merekodkan lulus 100 peratus bagi semua mata pelajaran berbanding enam sebelum ini.