Susulan kebakaran hutan di 6 wilayah di Indonesia.Kuala Terengganu, Terengganu mula menerima kesan jerebu , semalamjarak penglihatan di beberapa kawasan di sekitar bandar itu mula terhad pada jarak tiga sehingga lima kilometer. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bacaan tidak sihat di Kuala Terengganu pagi tadi pada 108.Sehingga kini, bagi kawasan pantai timur,bacaan indeks IPU tidak sihat direkodkan di Rompin, Pahang dengan 103. Rata-rata lain negeri masih mencatatkan bacaan status sederhana namun beberapa kawasan di Lembah Klang mula mencatatkan peningkatan bacaan indeks IPU.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan sebarang perubahan jerebu yang mungkin mengganggu tahap kesihatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini