Terengganu terus unggul apabila mengekalkan kejuaraan Kejohanan Berbasikal Jelajah Negeri Sembilan 2021 yang melabuhkan tirainya, semalam.

Menurut Ketua Jurulatih Pasukan Terengganu, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan, kejohanan tersebut turut menjadi medan mempersiapkan atletnya bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

Hasilnya pelumba mereka, Muhammad Shahmir Aiman Abdul Halim bukan sahaja berjaya merangkul jersi kuning selaku juara keseluruhan, namun turut dinobatkan pemenang Jersi Merah, Raja Bukit.  Kejohanan tersebut merentasi sebahagian besar Negeri Sembilan iaitu melalui Bandar Sri Sendayan, Lenggeng, Mantin, Nilai dan Rembau sejauh 387 kilometer.

Majlis penyampaian pingat dan penyarungan jersi kemenangan disempurnakan Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan, Khairy Jamaluddin di Dataran Rembau. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini