Setelah hampir setahun tiada sebarang penganjuran berikutan pandemik COVID-19, kalendar sukan perahu layar tanah air kembali bernafas dengan penganjuran bertaraf kebangsaan di perairan Duyong Marina, Terengganu.

Penganjuran yang dijenamakan sebagai Terengganu Monsoon Challenge sewaktu musim tengkujuh ini berjaya menarik penyertaan seramai 213 atlet sukan pelayaran dari seluruh negara termasuk negeri Sabah, sekali gus menjadi satu penanda aras terbaik buat penganjur ketika ini.

Menurut penganjur yang juga ketua jurulatih pelayaran Terengganu, Abdul Rani Idris, sukan pelayaran mengalami saat-saat sukar ketika pandemik COVID-19 kerana program latihan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Pada kejohanan yang berlangsung selama empat hari ini, sebanyak enam kategori perlumbaan dipertandingkan.

Lebih menarik, kategori ‘Hansa Access 2.3’ turut diperkenalkan dalam usaha untuk menghidupkan kembali program sukan pelayaran buat atlet para yang telah terhenti selepas Olimpik Para Rio 2016.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini