Keputusan Terengganu untuk tidak menyertai Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) adalah muktamad.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata arahan sudah diberi kepada semua agensi kerajaan negeri supaya tidak mengadakan apa-apa perbincangan lagi mengenai perkara berkenaan selepas ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 tahun Yayasan Terengganu.

Terengganu adalah satu-satunya negeri di Semenanjung yang masih belum menyertai perjanjian dengan PAAB ketika ini.