Menjelang pembukaan sesi persekolahan Oktober ini. Terengganu bersedia melaksanakan program imunisasi Covid 19 kepada 95,000 pelajar berumur 13 hingga 17 tahun tidak lama lagi. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, program tersebut akan dilaksana selepas menerima garis panduan pelaksanaan imunisasi kepada golongan itu.

Datuk Dr Kasemani ditemui pemberita selepas meninjau proses vaksinasi tanpa janji temu atau walk in di Pusat Pemberian Vaksin, PPV Dewan Utama Majlis Daerah Marang. 14 PPV seluruh negeri memulakan sesi berkenaan bermula hari ini.

Dalam perkembangan lain Datuk Dr Kasemani berkata 86 peratus dari 808,400 individu dewasa yang layak telah menerima suntikan dos pertama setakat ini. Baki 122,436 individu dijangka akan menerima suntikan dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini