Lima individu tampil secara sukarela sebagai saksi menerima kad vaksin tanpa disuntik di sebuah klinik swasta di Marang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, mereka turut  mengaku tidak divaksin tetapi telah menerima kad vaksin yang mengesahkan mereka telah divaksin untuk dos pertama.

Siasatan lanjut akan dijalankan ke atas mereka dengan membuat semakan menerusi aplikasi MySejahtera.

Barang dirampas seperti laptop dan telefon bimbit pula akan dihantar ke bahagian forensik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini