Padah menerima suapan empat tahun lalu, pesara polis marin didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh. Hukuman dijatuhkan Hakim M Bakri Abdul Majid terhadap Zubairi Abdul Mutalib, 60 tahun, selepas mengaku salah atas tujuh pertuduhan.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh berhadapan hukuman penjara 57 bulan. Mahkamah turut memerintahkan wang simpanannya berjumlah lebih RM18,000 termasuk faedah, dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Mengikut pertuduhan, Zubairi yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jentera Ronda di Pengkalan Polis Marin, Kampung Acheh, Sitiawan didakwa memperoleh rasuah RM20,700 daripada seorang lelaki yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Dia melakukan perbuatan itu di Pusat Bandar Sri Manjung antara 2 Mac hingga 29 September 2017.                         

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini