Pemain skuasy wanita kebangsaan, S. Sivasangari disahkan tidak dapat menyertai Sukan Komanwel 2022 pada bulan depan selepas terlibat dalam kemalangan kereta, pada Ahad.

Ia sekali gus memusnahkan impian pemain itu untuk membawa pulang pingat emas Sukan Komanwel 2022.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Faizal Azumu yang melawat Sivasangari di Hospital Putrajaya memaklumkan pemain skuasy tersebut kini dalam keadaan stabil. Dia juga dijangka memerlukan tiga bulan untuk pulih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini