Terma “Premier” bagi menggantikan gelaran Ketua Menteri Sarawak, hanya akan digunakan secara rasmi setelah Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diwartakan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,  perkara itu perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada Yang di-Pertua Negeri untuk persetujuan sebelum diwartakan.

Satu tarikh akan ditetapkan kerajaan negeri, bagi memaklumkan bila terma berkenaan boleh digunakan secara rasmi.
 
Datuk Seri Abdul Karim turut memaklumkan, terma Timbalan Ketua Menteri juga akan dikenali sebagai Timbalan Premier setelah diwartakan.
 
Ditanya bila perwartaan akan dilakukan, beliau berkata ia boleh dilakukan pada bila-bila masa atau secepat mungkin,  kerana dianggap satu perkara penting.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini