Terminal Bas Melaka Sentral akan dipindahkan ke satu lokasi sementara agar projek pembangunan terminal berkenaan dapat dilaksanakan.
Tindakan bertujuan mengoptimumkan penggunaaan tanah di kawasan tersebut.
Lokasi penempatan sementara stesen bas akan dibangunkan di tapak lama Pasar Besar Melaka sementara menunggu projek pembangunan itu siap dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.