Bagi meningkatkan serta mempelbagai aktiviti pelancongan di Perlis, penerokaan gua secara realiti maya (VR) diperkenalkan di Gua Kelam 2, Kaki Bukit.

Selain menjadi tarikan terbaharu, ianya juga menjadikan penerokaan gua secara realiti maya yang pertama di negara ini dan kedua di Asia Tenggara selepas Gua Son Doong, Vietnam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof memaklumkan, penggunaan realiti maya bagi penerokaan dalam gua bakal memberi pengalaman baharu kepada pengunjung.

Penerokaan gua secara VR ini adalah hasil kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang membuktikan sesuatu yang menakjubkan mampu dihasilkan.

Lebih membanggakan adalah kepakaran dan tenaga muda tempatan mampu menghasilkan produk terbaik berbanding Gua Son Doong, Vietnam yang mendapat kerjasama National Geographic.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini