Serbuan pasukan anti-keganasan Tunisia menemukan sebuah terowong yang digali berhampiran kediaman duta Perancis dari rumah yang kerap dikunjungi seorang pelampau, kata Kementerian Dalam Negeri semalam.

Bagaimanapun, kenyataan kementerian itu tidak menunjukkan tujuan terowong berkenaan sama ada kediaman duta berkenaan menjadi sasaran.

Katanya, pegawai antikeganasan dan pendakwa raya sedang menyiasat kewujudan terowong itu.

Berdasarkan maklumat pasukan keselamatan, mereka mengesan aktiviti mencurikan di sebuah rumah di La Marsa, tidak jauh dari kediaman duta Perancis sebelum melakukan serbuan.

Sementara itu, Presiden Tunisia, Kaies Saied berkata, mereka yang ingin mencederakan rakyat Tunisia dengan menyentuh institusi negara atau merosakkan hubungan dua hala dengan rakannya  tidak akan berjaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini