Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi pengaktifan sistem banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat lalu.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 6.47 petang semalam.

Status Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel atau ‘Smart Tunnel’di Facebook.

Hubungi talian bantuan SMART di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini